Sunday 5 April 2015

Bagaimana Cara Untuk Bermula Bekerja Di Offshore


Khas Untuk Yang Sukakan Cabaran...

  Selamat datang ke blog yang memaparkan kisah-kisah kehidupan dan perkongsian tentang bekerja di dalam industri minyak dan gas di luar pantai. Ramai di kalangan kita mungkin mengetahui  serba sedikit ataupun bagi yang baru bermula untuk menceburi bidang ini akan mengetahui bagaimana pekerja-pekerja minyak dan gas di luar pantai (offshore) itu bekerja dan bagaimanakah tentang kehidupan mereka ketika berada disana.

  Itu tidak menjadi masalah ,kerana blog ini saya reka khas untuk mereka-mereka yang inginkan informasi untuk berkongsi tentang kisah pekerja-pekerja “offshore” yang mana agak popular juga pada masa kini. Boleh dikatakan majoriti pekerja-pekerja yang bekerja  di dalam industri ini di monopoli oleh kaum lelaki. Ini disebabkan oleh keadaan kerja nya yang agak mencabar, di tambah lagi dengan keadaan cuaca yang kadangkala agak memberhayakan kita.

  Namun begitu, dengan adanya sistem keselamatan dan kesihatan yang telah diwujudkan oleh  semua organisasi minyak dan gas ini, ia telah membantu mengurangkan berlakunya kemalangan kepada pekerja-pekerja.Di dalam industri ini, ia melibatkan perlbagai jenis jawatan yang ada mengikut jenis pekerjaan yang dilakukan.

  Saya merupakan seorang pekerja minyak dan gas semenjak dari 2009 hinggalah sekarang (2015). Boleh dikatakan saya ni masih baru lagi di dalam industri ini. Namun pada tahun 2015 ini adalah merupakan tahun yang agak mencabar juga bagi saya, kerana disebabkan oleh kejatuhan harga minyak yang mendadak. Ramai juga di antara rakan-rakan sekerja yang kehilangan kerja di sebabkan oleh pengurangan kos oleh syarikat-syarikat minyak dan gas. Walaupun begitu, ia bukanlah satu penghalang bagi saya untuk memberi informasi kepada anda.


Apakah Perkara Asas Yang Anda Perlu Tahu?

 Saya andaikan anda seorang yang tidak pernah bekerja di dalam industri ini dan kemungkinan besar mempunyai minat untuk bekerja di dalam bidang yang mencabar dan mempunyai bayaran upah yang tiada batasan ini. Jadi, bagaimanakah kita boleh menceburi bidang ini?

 Jika anda benar-benar berminat, perkara utama yang anda perlu buat ialah anda haruslah mempunyai kursus-kursus keselamatan dan kesihatan.


Contoh Kursus-Kursus:

1. Medical Check Up – Cek kat doktor panel yang di iktiraf oleh Shell atau Petronas. 

2. TBOSIET – Pusat latihan biasanya MSTS, BSTS,SMTC.(di Miri, Sarawak) 

3. Offshore Safety Passport – Merupakan satu kad untuk menyimpan data tentang tarikh medical check up dan TBOSIET anda. Kad ini akan disediakan oleh syarikat di mana anda bekerja.

  Itulah antara perkara-perkara asas yang perlu anda sediakan sendiri sekiranya anda secara individu dan belum ada syarikat yang menaja untuk anda. Namun begitu, sekiranya anda telahpun mendapat kerja kelak, barulah anda tak perlu keluarkan duit lagi untuk memperbaharuinya kerana syarikat tempat anda bekerja tersebut akan membayarnya. Sebenarnya, ada banyak lagi kursus-kursus yang anda perlu ikuti, tetapi, ianya bergantung kepada jenis pekerjaan anda, dan anda tak perlu risau kerana kursus-kursus itu akan di sediakan oleh syarikat anda nanti.


Jenis Tempat Bekerja Di Luar Pantai / Offshore:

  Masa pertama kali nak pergi bekerja di luar pantai “offshore”, banyak persoalan yang timbul di dalam kepala. Ia adalah satu pengalaman yang bercampur baur jika kita tidak dapat bayangkan bagaimana keaadan disana, betul tak?hehe..kadang-kadang ada rasa teruja, ada rasa takut juga..hehe..

 Walaupun kita banyak bertanya kepada rakan-rakan atau saudara mara kita, yang memang bekerja di dalam bidang ini, namun kita tetap juga  tidak mendapat gambaran yang jelas melainkan kita sendiri yang harus mengalaminya. Di dalam industri minyak dan gas ini, terdapat pelbagai jenis Kapal dan Pelantar Minyak mengikut jenis kerja yang anda lakukan.

Antara contoh-contoh yang anda boleh ketahui ialah;

1. Fix/Production Platform – Pelantar minyak yang kekal untuk bertahun lamanya.

2. Jack-up rig – Sebuah kapal besar yang mempunyai 3 kaki yang boleh turun naik. Biasanya digunakan untuk penggerudian minyak atau “Drilling”.

3. Semisubmersible - Sebuah kapal besar yang terapung. Biasanya digunakan untuk penggerudian minyak atau “Drilling”.

4. Barge / Tender – Sebuah kapal besar yang berbentuk segi empat bertujuan untuk pelbagai guna. Boleh di jadikan khas untuk penginapan sahaja.

5. FPSO / Tanker storage – Kapal untuk penyimpanan/penghantaran minyak mentah untuk pemprosesan ke darat.

6. Workboat/Standby Boat/Supply Boat – Kapal bersaiz lebih kecil dan sederhana untuk perkhidmatan kargo dan untuk operasi kerja yang lebih kecil.

  Ini adalah antara tempat ataupun fasiliti yang sering digunakan di perairan cetek dan laut dalam. Ada banyak lagi jenis kapal-kapal lain yang akan anda ketahui nanti. Ke semua fasiliti tersebut mempunyai peraturan yang berbeza namun ia tetap menjuruskan ke arah perkara yang sama iaitu keselamatan. 


Apakah Perkara Yang Terpenting?

  Keselamatan adalah satu aspek yang amat dititikberatkan di dalam industri ini kerana ia adalah satu undang-undang yang telah digubal bukan sahaja di negara kita malah juga di negara-negara yang lain. Hal yang demikian boleh mengakibatkan kita dikenakan hukuman sekiranya di dapati bersalah kerana melanggar apa sahaja peraturan keselamatan di dalam industri ini kerana ada diantara peraturannya adalah mandatori.

  Anda akan di dedahkan dengan banyak maklumat tentang peraturan keselamatan setibanya anda di sana nanti. Perkara asas adalah anda haruslah mengetahui di manakah rakit atau bot keselamatan yang telah di khas kan untuk anda sekiranya berlaku kecemasan. Anda juga harus peka di manakah tempat anda harus berkumpul sekiranya berlaku kecemasan. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana latihan akan diadakan setiap minggu untuk menguji semua pekerja agar kita sentiasa peka sekiranya berlaku kecemasan yang sebenar.

  Di setiap tempat terdapat banyak pelekat keselamatan yang memberi anda maklumat. Pastikan anda mengetahui setiap maksud pelekat-pelekat tersebut. Banyak bertanyakan soalan kepada rakan sekerja yang sudah berpengalaman sekiranya anda tidak faham tentang peraturan keselamatan di tempat anda bekerja. Hal ini penting, kerana ia adalah untuk menyelamatkan nyawa anda sekiranya  kecemasan benar-benar terjadi. Jagalah diri anda dan juga semua orang yang berada di sekeliling. 















4 comments:

  1. info yang bergunaa broo. biasanya buat boset brpa kosnya

    ReplyDelete
  2. Saya da lama berminat kerja nie..mcm mna cara nak mohon kerja nie ya? Wtssp saya 0145683968

    ReplyDelete
  3. Saya da lama berminat kerja nie..mcm mna cara nak mohon kerja nie ya? Wtssp saya 0145683968

    ReplyDelete
  4. Saya pun berminat.tapi saya saran kan saudara semua kol terus ke niosh.surf kat internet tengok niosh mklmt niosh kt tmpt saudara.then ambl course. Course prmulaan kna ambk course pasport entry level 1 gn yuran RM265.tp kna ambl lg course lain..untk mnntukan saudara blh krja kt bhgn mana.course tu plbgai dari 500 ke 4k utk stp course.nk mmhn kna lh ke tmpt indstri oil and gas yg saudara nak.klau ada introducer lg bgs..

    ReplyDelete